PENGENDALIAN DAN PENGURUSAN BAHAN KIMIA

PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

Pengendalian dan penyimpanan bahan kimia dengan sempurna amat perlu dalam lankah untuk menjaga keselamatan semua pengguna. Berikut adalah langkah-langkah atau saranan kepada semua yang terlibat dengan penggunaan bahan kimia ini iaitu:

1. Rekod semua pengambilan bahan kimia

2. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala

3. Bahan kimia yang kurang perlu haruslah disimpan dalam stor atau
dilupuskan jika perlu

4. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal haruslah dilebalkan
dengan jelas

5. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkan dari
suhu yang panas atau tinggi

6. Penyimpanan bahan kimia hruslah diletakkan di tempat yang mudah dicapai
7. dan mudah dialihkan

8. Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan kimia yang mudah
terbakar haruslah dielakkan

9. Elakkan pemanasan secara terus,ketukan aau geseran kepada
mana-mana bahan kimia

10. Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam kuantiti
yang kecil atau bersesuaian dengan kerja yang akan dijalankan.

11. Sentiasalah memakai PPE apabila mengendalikan bahan kimia.

12. Penggunaan kabuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan
penggunaan bahan kimia yang boleh menghasilkan wap,debu
atau asap yang boleh mengancam nyawa seseorang dan mencemarkan
udara makmal.

PENGURUSAN SISA KIMIA

Bahan kimia yang boleh dianggap sisa:

• Sisa amali penyelidikan
• Kimia tertumpah
• Bahan kimia lama

Sisa kimia terdiri daripada:

• Bahan kimia beracun/radioaktif
• Sisa pelarut organic/berhalogen dan tak berhalogen
• Sisa bahan kimia pepejal

Jenis sisa kimia makmal
• Sisa kimia
• Sisa biologi
• Sisa radioaktif
• Sisa pecahan kaca/tajam

Konsep 3 R untuk pengurusan bahan kimia :

1. Reduce(Pengurangan)

– Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh
dilakukan dengan merancang kerja yang akan
dilakukan sebelum melaksanakannya.

– Menggunakan kuantiti dengan kuantiti yang berpatutan dan minimum, cukup untuk kerja yang dilakukan tanpa lebih.

2. Reuse (Penggunaan balik)

– Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula.
Terdapat beberapa bahan kimia yang boleh digunakan semula
lebih dari sekali penggunaan.

3. Recycle (Kitar semula)

– Untuk mengurangkan kos pelupusan bahan kimia, konsep
kitar semula boleh dilakukan dengan menghantar kepada
syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Beberapa langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan:

I. Buang sisa pada bekas yang sesuai
II. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan bersesuaian
III. Pelarut organic haruslah diasingkan kepada dua iaitu berhalogen dan tidak berhalogen
IV. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yag sudah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk pelupusan

Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari.

Sumber: Pusat Keselamatan dan kesihatan pekerjaan UKM

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s