KETAHUI PERALATAN KECEMASAN KETIKA ANDA BERADA DI MAKMAL

Peralatan-peralatan yang perlu anda perhatikan dan ketahui cara penggunaanya ketika berlakunya kecemasan .

1. Stesen Pencucian Mata (Eyewash Station)

Setiap pengguna makmal harus mengetahui lokasi dan cara penggunaan stesen pencucian mata untuk membilas mata yang terkena dengan bahan kimia yang mudah meruap atau menghakis atau apa sahaja bahan kimia yang tidak diketahui tahap bahayanya.

2. Mandian Kecemasan (Emergency Showers)

Semua pengguna makmal mestilah tahu lokasi dan penggunaan alat mandian kecemasan. Lokasi terletak di tingkat bawah sayap kiri (berhampiran makmal penyediaan media) dan sayap kanan (berhampiran makmal molekul biologi). Semua pengguna makmal boleh sampai ke stesen tersebut tanpa dihalang oleh sebarang objek.

3. Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit) ada diletakkan di setiap makmal. Peti ini dipantau oleh orang bertanggungjawab terhadap bilik/makmal (OBT). Semua pengguna makmal hendaklah mengetahui lokasi Peti Pertolongan Cemas ini.

4. Peralatan keselamatan kebakaran

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api yang sering digunakan di dalam makmal iaitu:
• alat pemadam api bahan kimia kering tertekan (Jenis BC atau ABC)
• karbon dioksida

• serbuk kering kelas D untuk digunakan bagi kebakaran logam. Alat-alat pemadam api berisi air adalah tidak dibenarkan
untuk digunakan di dalam makmal kimia.

Alat pemadam api ini ada diletakkan di setiap makmal dan setiap pengguna makmal haruslah mengetahui cara penggunaan alat pemadam api dan jenis yang harus digunakan semasa berlakunya kebakaran.

~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s