ETIKA KETIKA BERADA DI LADANG

Aspek keselamatan
adalah aspek yang paling dititikberatkan dalam mana – mana kerja atau aktiviti
sekalipun. Begitu juga keselamatan semasa berada di ladang. Hal ini kerana
semasa berada di ladang kita terdedah dengan pelbagai bahaya.

Terdapat beberapa aspek keselamatan yang harus diutamakan semasa bekerja di
ladang:

  1. Pakaian

Semasa berada diladang, pakaian haruslah sentiasa kemas dan teratur. Elakkan memakai pakaian
yang longgar dan nipis. Pastikan juga di bahagian bawah seluar tiada tali yang
berjuntai keluar. Ini kerana untuk mengelakkan tali seluar tersangkut pada
jentera semasa sedang melakukan kerja. Semasa melakukan kerja meracun, pastikan
juga kita memakai baju yang telah disediakan khas atau apron, goggles yang
khas, sarung tangan dan kasut boot.
Semasa memandu traktor.

  • Elakkan membawa penumpang bersama semasa memandu
    traktor.
  • Memandu dalam kelajuan yang paling rendah.
  • Kurangkan kelajuan semasa membelok.
  • Matikan suis utama jika berada dalam kecemasan.
  • Semasa memandu, elakkan berbual dengan kawan-kawan.
  • Duduk di tempat yang disediakan.
  • Sentiasa fokus semasa melakukan kerja.

 

Semasa meracun rumpai.

  • Sebelum memulakan proses meracun, pastikan mesin
    penyembur racun dicuci dengan bersih untuk membuang sisa racun yang terdahulu.
  • Bancuh racun mengikut sukatan yang disyorkan sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran.
  • Meracun mengikut arah angin bagi tujuan mengelakkan racun terkena pada badan kita.
  • Pastikan nozel berada pada paras lutut semasa melakukan proses penyemburan racun.

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s